Monday, June 29, 2009

Pemindahan Anak Benih


Anak benih keli yang dibeli di Sungai Buloh dan Dengkil berjumlah 4000 ekor menunjukkan peningkatan kematian setiap hari yang dibeli pada pertengahan Jun lalu. Ini memeningkan kami bagi menangani masalah ini. Kami menghantar 2 wakil ke Aqasia Akuatik di Kampung Pulau,Labu NSDK untuk meninjau kolam ternakan di samping mendapatkan khidmat nasihat oleh pengusaha ternakan Keli dan Talapia Merah, iaitu Encik Yusry dan adiknya Encik Fazli.


Di samping meninjau dan melihat kolam ternakan mereka, kami juga telah menempah benih ikan talapia merah untuk mengisi kolam kanvas yang masih kosong. Hasil perbincangan, kami dinasihati supaya memeriksa keadaan pH air dan kandungan klorin, kerana kami menggunakan air paip, berbanding air sungai atau perigi seperti yang sepatutnya.

Kolam milik Aqasia Aquatik di Labu, NS

Setelah diuji, didapati tiada kandungan klorin dikesan, tetapi pH air agak tinggi iaitu 7.8. Maka kami mengambil keputusan untuk memindahkan anak keli ke kolam bersebelahan yang masih kosong, dan didapati pH nya adalah 6.2 dan tiada kandungan klorin dikesan pada 27 Jun.


Kolam yang kini menempatkan anak kali yang baru.






Proses membuang air yang tidak sesuai terpaksa dilakukan dengan baldi atau menimba, kerana discharge pipe tidak mampu membuang semua baki air yang tertinggal



Air baru dimasukkan, setelah air sampai ke paras 1 kaki setengah, batang pisang akan dimasukkan bagi meneutralkan klorin (kaedah paling murah yang diajar oleh En. Yusry) untuk memasukkan benih talapia merah baru.

Sunday, June 28, 2009

Tender Membina Taman Mini Sekolah

Anggerik Bioaqua telah menerima satu tawaran oleh sebuah sekolah di sini untuk membina tapak bagi sebuah taman mini. Kami menerima tender bagi kerja-kerja membina dan memasang pagar beserta mendirikan sebuah pagola berukuran 15 kaki panjang dengan kelebaran 7 kaki.



Kerja-kerja asas telah dimulakan pada 21 Jun lalu, dan kerja-kerja tersebut disambung pada 28 Jun dan berjaya disiapkan.








Sebenarnya kerja-kerja sebegini dilihat mudah tetapi agak rumit untuk disiapkan, ketepatan dan kesabaran dalam menyiapkan kerja-kerja amat diperlukan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang agak terik. Namun kami gembira kerana berjaya menyempurnakan projek yang diberikan, disamping menambahkan sedikit lagi kewangan bagi syarikat (walaupun terpaksa menunggu untuk beberapa bulan akan datang!)



Inilah hasilnya yang tak seberapa!


Monday, June 22, 2009

Lagi Lawatan ke Kolam Ternakan Keli di Dengkil

Sementara pada 19 Jun lalu, Anggerik Bioaqua mengadakan lawatan ke kolam ternakan keli di Dengkil berhampiran Putrajaya bertemu dengan pengusahanya Encik Hashim. Kami diberi layanan mesra oleh beliau di samping mempelajari beberapa teknik ternakan beliau yang diusahakannya di dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Selain menternak ikan keli, beliau juga menternak cacing tanah, ayam kampung dan ikan puyu. Kami juga telah membeli benih ikan keli daripadanya sebanyak 2000 ekor.








Lawatan Ke Kolam Penternak Jaya Utara Semenanjung

Pada 6 Jun lalu, satu rombongan ke Parit Buntar Perak telah dilakukan. Ini adalah lawatan susulan daripada lawatan pertama pada akhir Mac lalu. Penternak Jaya yang dimaksudkan ialah Encik Mohed Hj Ilyas, beliau telah diangkat sebagai model ternakan berasaskan organik berjaya di Bahagian Utara Semenanjung, dan menjadi rujukan serta tempat lawatan bagi Pejabat Peladang Perak dan Pusat Giat Mara di Pulau Pinang.


Di samping itu, Encik Mohed juga kini berjaya menghasilkan baja organik bagi ternakan keli dan telah pun diedarkan ke seluruh sekitar Perak dan beberapa tempat di Klang, Johor dan Kelantan. Pejabat Peladang juga mendapatkan bekalan dari beliau. Malah beliau melantik pihak Anggerik Bioaqua sebagai pengedar baja organik keluarannya untuk edaran di Bahagian Tengah Semenanjung pada harga jualan RM45/beg. Lihatlah bagaimana suburnya pokok keladi bunting di permukaan kolam Encik Mohed setelah baja keluarannya digunakan untuk ternakan kolamnya.








Wednesday, June 17, 2009

Proses Meng'gred' Ikan

Ikan keli perlu digredkan mengikut saiz bagi mengelakkan ikan bersaiz besar memakan ikan yang bersaiz kecil. Gambar di atas adalah ikan keli yang bersaiz lebih kurang 3 inci yang mula di masukkan ke dalam tangki fiber.

Proses menangkap ikan menggunakan jaring bagi tujuan penggredan saiz ikan.











kan Keli dalam julat saiz 5 inci setelah sebulan diternak, sedia untuk proses pengasingan saiz





Saiz ikan puyu juga dipantau bagi melihat kadar tumbesarannya, Proses menggred untuk ikan puyu tidak dilakukan

Proses Penyediaan Kolam Kanvas

Kami juga mampu menyediakan dan membekalkan kolam kanvas kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang menarik dan pakej-pakej yang berpatutan. Kanvas yang dibeli terus dari kilang lebih murah berbanding di kedai-kedai yang menjual barangan kulit atau kanvas. Kami juga berupaya melakukan kerja-kerja berasaskan besi dan kos ini jauh lebih murah berbanding membeli set kolam kanvas secara lengkap. Berikut adalah proses-proses penyediaan kolam kanvas.

Kerja-kerja memasang rangka kolam kanvas



Pemasangan di tapak dan proses mengecat menggunakan cat anti karat
(Pengarah Teknikal & Infrastruktur, En Jamaluddin sedang mengecat pada kerangka besi)


kerja-kerja memasang kanvas pada kerangka besi, kaedah ditunjukkan oleh En Mohd Azman iaitu Pengarah Pentadbiran







Air dan pokok keladi bunting dimasukkan ke dalam kolam kanvas dan ikan sedia di masukkan selepas 3-5 hari


Pengarah Tapak Projek, Encik Faiz tersenyum girang melihat kerja-kerja penyediaan tapak berjalan lancar


Kerja-Kerja Tapak


Kerja-kerja penyediaan tapak telah bermula awal Mei 2009. Kami melakukan penternakan di dalam tangki fiber dan kolam kanvas. Berikut adalah di antara proses penyediaan tapak.


Pengarah Urusan, Encik Muhlis

Kolam Tangki Fiber yang telah dimasukkan ikan Puyu dan keli

Kolam Kanvas


Pokok Keladi bunting di letakkan di permukaan air

Anggerik Bioaqua





Anggerik Bioaqua secara rasminya telah beroperasi pada Mei 2009 di lokasi bersebelahan Surau Desa Anggerik, Putra Nilai, NSDK.


Terdiri daripada 4 sahabat yang bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan kini menumpukan kepada kerja-kerja penternakan ikan air tawar iaitu ikan keli dan puyu. Kami mempelopori kaedah penternakan secara organik, yang mana kos makanan ikan/palet dapat dijimatkan dengan kehadiran mikrob di dalam medium habitat ikan tersebut. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah dan bidang tugas masing-masing:


1. Encik Muhlis Sukir Pengarah Urusan

2. Encik Mohd Azman Pengarah Pentadbiran

3. En Mohd Faiz Pengarah Tapak Projek

4. Encik Jamaluddin Pengarah Teknikal & Infrastuktur