Wednesday, July 15, 2009

Tempahan Kolam Kanvas

Baru-baru ini, kami telah menerima tempahan untuk menyedia dan membekalkan kolam kanvas kepada seorang penduduk di Desa Anggerik yang turut berminat untuk menternak ikan puyu di rumahnya. Setelah berbincang dan bersetuju dengan tawaran yang diberi, kerja-kerja besi dimulakan setelah menempah kanvas dari pengeluar berhampiran Klang, Selangor.

Saiz Kanvas yang diminta oleh Encik Nazir adalah 18'x 9' dengan ketinggian 2 kaki setengah. Kerja-kerja pemasangan kerangka besi kanvas dilakukan di hadapan rumah beliau.



Setelah selesai kerja-kerja memasang kerangka besi dan kanvas, pasir dan air dimasukkan kedalam kanvas bagi melihat ketahanan dan yang lebih penting untuk memastikan tiada kebocoran pada kanvas tersebut.

Encik Nazir ( gambar bawah paling kiri) kelihatan berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan, kos yang dikenakan hanya RM1170 lengkap dengan proses pemasangan. Berminat? Silalah berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut!


2 comments:

  1. A,kum....Pembenihan ikan puyu boleh menggunakan pelbagai hormon di pasaran yg biasa ovaparin ..harga dia sekitar 80-90RM/botol....puyu klau diternak dalam kanvas memang terbantut......klolah tanah cepat....
    http://jackfruit-azmi.blogspot.com

    ReplyDelete